 |
|
Feb 9, 2006
Lelaki, wanita dan keluarga
Kepelbagaian-bio di Malaysia memungkinkan lebih banyak sumber biologi diteroka pada masa hadapan. Kita mengharapkan pakar-pakar tempatan terus meneroka dan membuat R&D terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti pertanian, ternakan, perikanan dan sebagainya. Masa depan sumber makanan dan kesihatan berasaskan tumbuhan dan sayuran (flora and vegetation) tempatan misalnya boleh dijadikan satu alternatif untuk kesejahteraan manusia bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Apakah kita sudah berjaya mempromosi kepelbagaian flora dan fauna tempatan yang terbukti punya nilai perubatan kepada masyarakat tempatan sebelum kita melangkah jauh ke peringkat antarabangsa? Sebagai contoh, tongkat ali (Eurycoma longifolia), kacip fatimah (Labisia pumila), pegaga (Centella asiatica), mengkudu (Morinda citrifolia), peria (Momordica charantia), emas cotek (Ficus deltoidea) sekadar menyentuh beberapa nama, telah diakui amat berkesan untuk dijadikan ramuan perubatan alternatif dan moden. Sejauh mana sudah kita teroka pasarannya? Kini Tongkat Ali sudah dikenali masyarakat antarabangsa, begitu juga dengan kacip fatimah. Sayang sekali, tongkat ali serta kacip fatimah dan pokok herba lain dipromosi untuk golongan dan tujuan tertentu hingga mengabaikan kegunaan sebenar untuk kesejahteraan keluarga. Agak berlainan dengan herba emas cotek di mana ia diramu untuk tujuan seluruh keluarga, dari anak kecil sehingga datuk dan nenek. Setiap orang mendapat manfaatnya, khusus untuk mendapatkan kesejahteraan. Kajian-kajian secara klinikal dan makmal telah dijalankan oleh pelbagai pihak dan mereka sependapat bahawa chemical contents yang terdapat pada emas cotek adalah seperti berikut: a) Flavonoids b) Tannins c) Triterpenoids d) Proanthocyanins e) Phenols Emas cotek juga dikesan tidak mengandungi alkaloids dan steroids. Kesemua chemical contents di atas sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia dan ia terdapat dalam pelbagai spesis tumbuhan herba emas cotek. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mengenalpasti spesis mana yang sangat berkesan dan memberi banyak manfaat. Seterusnya disebarkan untuk kesejahteraan sejagat. Terkini, kajian peringkat awal kesan bioaktiviti tumbuhan emas cotek telah dilakukan di Universiti Malaya dan hasilnya terbukti dapat membantu menurunkan kandungan gula (glukosa) di dalam darah. Penemuan awal ini tentu memberi harapan kepada para pesakit diabetis dan kaum keluarganya. Bagi masyarakat tradisional di Nusantara mereka telah lama mengetahui kelebihan emas cotek dan telah meneruskan amalan ini sehingga sekarang. Dengan majunya bidang biotek sekarang, sudah sampai masanya kepelbagaian herba Malaysia diteroka sepenuhnya untuk tujuan perubatan alternatif dan moden. Tongkat Ali – tenaga untuk lelaki, Kacip Fatimah – keyakinan untuk wanita, Emas Cotek – sejahtera untuk keluarga.
Posted at 03:46 pm by masali
Permalink
Jan 8, 2006
Di negara Jepun dan China, tradisi meminum teh herba
bersama hidangan terus dipelihara. Peminum teh herba mencari manfaat
bagi kesihatan diri mereka. Tidak hairanlah tradisi ini terus
dipertahankan sehingga kini. Khabarnya mereka sedang giat
memperkenalkan ke seluruh dunia. Untuk menikmati tradisi ini, penduduk
Malaysia kini bolehlah berkunjung ke Japanese Village di Bukit Tinggi,
Bentong. Minum teh herba dalam suasana santai dan berdisiplin.
Di Malaysia minuman teh herba sudah lama diamalkan dan pelbagai jenama
teh herba terdapat di pasaran tempatan dan antarabangsa. Setiap herba
menjanjikan khasiat yang tersendiri. Kini teh herba emas cotek sudah
berada di pasaran tempatan. Teh herba emas cotek
dapat meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu
mengelakkan sakit darah tinggi, jantung dan kanser. Ia juga berupaya
untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan strok.
Teh herba ini juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam
limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki
oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Jadi tradisi minum teh
herba ini sebenarnya boleh menghalang seseorang diserang strok/angin
ahmar. Lebih baik lagi sekiranya seisi keluarga mengamalkan minum teh herba emas cotek ini.
Posted at 06:09 pm by masali
Permalink
Jan 1, 2006
Jangan terkejut sekiranya anda
jumpa minuman teh herba mas cotek dijual di gerai di Damansara.
Dikatakan minuman ini sudah menjadi istimewa di gerai tersebut.
Harganya murah sahaja RM1.50 
Penyediaan minuman ini dibuat secara rebusan campuran daun, buah,
ranting, akar dan batang mas cotek jantan dan betina. Ia terlebih
dahulu dikeringkan dan setelah itu direbus selama beberapa jam supaya
air rebusan tinggal sepertiga dari air rebusan awal. Ianya enak diminum
ketika ia suam, aroma serta khasiatnya tidak jauh berbeza dengan
Chinese tea. Cubalah! 
Kini teh herba mas cotek telah dibungkus secara uncang dan boleh
direndam dengan air panas mendidih. Meminumnya pula adalah baik ketika
ia suam. Walau bagaimanapun harga bagi teh yang sudah diproses ini agak
mahal sedikit iaitu RM4.00 seuncang yang dibungkus di dalam kotak
mengandungi lima uncang. Kata orang barang baik tentulah ada harga...
Posted at 10:22 pm by masali
Permalink
Dec 30, 2005
Mencari maklumat tepat tentang ramuan herba emas cotek dalam penjagaan kesihatan, ada kalanya menemui jalan sukar, terutama untuk mendapatkan spesis yang berkaitan.
Namun pencarian ini secara maya agak memeranjatkan. Nama-nama seperti
mas cotek, secotek emas, serapat angin, delima sudip, telinga beruk,
telinga gajah, telinga kera dan sebagainya muncul secara tiba-tiba. Sangat berterima kasih kepada saudara Nasnan Jajuli
kerana bermurah hati membuat pautan ke laman emas coteknya yang bukan
sahaja wujud di alam maya tetapi terbentang luas di ladangnya di Sungai
Air Tawar, Sabak Bernam. Produk herba Teh Mas Coteknya sudah lama
berada di pasaran. Cubalah cari di kedai-kedai menjual herba, pasti ada, sekiranya sukar untuk mendapatkannya silalah berhubung dengan pengusahanya.
Posted at 08:15 am by masali
Permalink
Dec 28, 2005
Malaysia
mempunyai banyak sumber flora khususnya tumbuhan herba dan antaranya
yang terbaik di dunia. Namun, dikatakan pengguna dan pengamal perubatan
herba tempatan gagal meneroka sumber yang ada bagi menggiatkan
pembangunan industri makanan dan kesihatan ini. Meskipun
tahap kesedaran di kalangan masyarakat dunia tentang kebaikan
menggunakan produk kesihatan yang barasaskan bahan semula jadi sudah
mula wujud, namun ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar tumbuhan
herba untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup. Sehubungan ini, sekalung tahniah kepada Noraida Arifin atas usahanya menjayakan penerbitan buku Penyembuhan Semula Jadi Dengan Herba, (2005, www.pts.com.my) yang memaparkan maklumat am mengenai tumbuhan herba tempatan sebagai sumber makanan dan perubatan. Selepas
membaca buku ini, seseorang dapat mengetahui khasiat dan kegunaan
tumbuhan yang biasa dijumpai di alam sekitar sama ada liar atau ditanam
di ladang-ladang herba. Hendaknya kekayaan herba tempatan dapat
dijadikan bahan utama dalam masakan serta perubatan dan seterusnya
menjadi amalan harian keluarga. Dapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku atau perpustakaan.
Posted at 01:02 am by masali
Permalink
Dec 26, 2005
Tumbuhan
renek ini hidup secara menumpang di pokok lain (epifit), ia juga boleh
hidup subur di atas tanah yang berpasir. Bagi masyarakat nusantara,
sejauh negara China tumbuhan emas cotek sudah lama diamalkan sebagai
herba kesihatan untuk seisi keluarga. Di negara kita emas cotek telah
dikomersialkan di samping herba lain seperti tongkat ali, kacip fatimah
dan sebagainya. Khasiatnya sudah teruji berkurun-kurun. Emas cotek dikenali
juga sebagai secotek mas, mas cotek, serapat angin,
sempit-sempit, tabat barito, ara terbang, raja ubat, telinga beruk dan
nama saintifiknya pula ialah ficus deltoidea.
Secara
fizikalnya emas cotek terbahagi kepada dua: cotek jantan dan cotek
betina. Perbezaannya hanya pada bentuk daun, yang jantan panjang
sementara yang betina berbentuk bujur. Kata orang cotek betina
berkhasiat untuk kaum perempuan sementara cotek jantan untuk kaum
lelaki. Apabila dicampurkan keduanya, khasiatnya adalah untuk seisi
keluarga.  Air rebusan campuran daun, akar, buah dan dahan yang dikeringingkan sangat berkhasiat untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminumnya setiap hari. Kini emas cotek didapati dalam bentuk uncang dan kapsul dari kedai farmasi dan kedai menjual herba. Sering ditanam sebagai pokok hiasan di dalam bangunan atau tempat yang teduh. Di samping mengindahkan kawasan kediaman, emas cotek boleh juga dijadikan teh herba yang sungguh enak.
Posted at 05:25 pm by masali
Permalink
Dec 24, 2005
Semakin bertambah usia, semakin lemah anggota badan. Ibarat kereta tua, yang sudah lama tidak diservis. Biasalah tiada yang kekal kuat dan gagah melainkanNya.
Fenomena ini sentiasa berlaku detik demi detik dan kemuncaknya ialah kematian. Di sinilah kesudahan hidup di dunia.
Untuk
mengatasi fenomena ini, ramai orang mengamalkan petua-petua serta
mengambil makanan dan minuman berasaskan pokok herba. Mereka kembali
kepada alam untuk mendapatkan khasiat penjagaan diri, dari ratusan
jenis herba yang terdapat di sekeliling mereka. Dari pokok yang melata seperti pegaga, berbatang tegak seperti tongkat ali sehinggalah ke pokok epifit seperti emas cotek. Kesemua tumbuhan ini memiliki keistimewaan tersendiri dan berkhasiat untuk seluruh keluarga. Laman
ini dibangunkan untuk bertukar pandangan dan pengalaman tentang
kepelbagaian bio di Malaysia terutama pokok-pokok herba yang masih
belum diteroka sepenuhnya. Sekiranya tidak keberatan bolehlah kita berkongsi maklumat.
Posted at 08:37 pm by masali
Permalink
|
|
|
 |
|
 |